Sunday, January 22, 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG 5S JPP KELANTAN

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera,



Pertama-tamanya, Biro Promosi 5S JPP Kelantan mengambil kesempatan dan peluang untuk mengadakan blog 5S JPP Kelantan. Blog ini bertujuan untuk menyebarkan info dan maklumat mengenai perjalanan dan pelaksanaan 5S di JPP Kelantan. Walaupun agak terlewat pewujudan blog ini, Biro Promosi yakin bahawa maklumat mengenai 5S perlu disebarkan dari semasa dan semasa agar setiap individu di JPP Kelantan sentiasa peka dan ingat tentang amalan 5S ini.

Untuk maklumat semua, 5S di JPP Kelantan telah bermula pada tahun 2010 dan telah dipersijilkan Amalan 5S pada 29 Disember 2010 yang lalu. Kini JPP Kelantan dalam usaha untuk mendapatkan persijilan semula 5s yang akan diadakan pada 31 Januari 2012. Pra audit 5S oleh JPP Kelantan akan diadakan pada 26 Januari 2012. Diharapkan agar semua pihak bersedia dan memberikan kerjasama dengan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment